Home

Patron Login
PATRON ID
KATALALUAN


 



KOLEKSI PERPUSTAKAAN
Penubuhan Perpustakaan Politeknik Merlimau adalah sebagai menyokong bidang kursus yang ditawarkan. Oleh itu koleksi utama Perpustakaan terdiri dari bahan dalam bidang akademik seperti kejuruteraan awam, kejuruteraan elektrik, kejuruteraan mekanikal, hospitaliti, perdagangan, matematik, sains komputer dan pengajian am.

Perpustakaan juga mempunyai koleksi dalam bidang perkara lain untuk memberi perkhidmatan kepada staf sokongan seperti bidang pengurusan dan umum. Sehingga kini, koleksi monograf perpustakaan telah mencapai 22,000 naskhah.

Perpustakaan menggunakan Skim Pengkelasan Library of Congress untuk mengkelas dan mengkatalog bahan dalam koleksi.