Home

Patron Login
PATRON ID
KATALALUAN


 


 
PENGENALAN
Unit Perpustakaan, Politeknik Merlimau, Melaka mula beroperasi serentak dengan pembukaan Politeknik ini iaitu pada tahun 2002. Perpustakaan ini diketuai oleh seorang (1) Pustakawan Gred S44 dan dibantu oleh seorang (1) Penolong Pegawai Perpustakaan Gred S27 bersama empat (4) orang Pembantu Perpustakaan Gred S17.
Unit Perpustakaan menduduki bangunan 2 tingkat di Blok B, Politeknik Merlimau, dengan keluasan ruang lantai 3,100 meter persegi. Kapasiti pengguna pula adalah 400 orang pada satu-satu masa.

VISI, MISI DAN PIAGAM PELANGGAN
VISI

Menjadi Pusat Kecemerlangan Maklumat dan Pusat Rujukan serta menyokong Politekniknik Merlimau, Melaka bagi melahirkan tenaga kerja separa professional yang berilmu.

MISI

Memastikan pengguna perpustakaan dapat menikmati kemudahan dan perkhidmatan perpustakaan secara berkesan serta berupaya mencapai dan menggunakan ilmu melalui prasarana perpustakaan secara optimum.

PIAGAM PELANGGAN

a. Memproses pinjaman dan pemulangan bahan dalam tempoh lima (5) minit
b. Memberi maklumbalas pertanyaan rujukan dalam tempoh tiga (3) hari.