Home

Patron Login
PATRON ID
KATALALUAN


 



PERATURAN PERPUSTAKAAN
Peraturan Pinjaman dan Pemulangan Bahan Perpustakaan

Berikut adalah beberapa peraturan pinjaman yang di Perpustakaan:

  • Peminjam mestilah seorang pelajar atau staf Politeknik Merlimau
  • Peminjam mestilah mempunyai Kad Pelajar/Staf sebelum dibenarkan meminjam bahan
  • Bahan yang tergolong di dalam koleksi rujukan dan rujukan khas tidak boleh dipinjam.
  • Seorang pelajar hanya boleh meminjam maksimum sebanyak 2 buah buku sahaja manakala staf dibenarkan meminjam maksimum sebanyak 6 buah buku dan 2 bahan sumber media
  • Jangkamasa pinjaman bagi pelajar adalah selama 2 minggu manakala jangkamasa pinjaman bagi staf adalah selama 4 minggu. Staf dibenarkan membuat pinjaman 2 naskah jurnal/majalah selama 3 hari (cuti semester) dan pada hari cuti Sabtu/Ahad semasa sesi perkuliahan.
  • Peminjam yang telah disenarai hitam oleh pihak perpustakaan tidak dibenarkan membuat pinjaman. Walaubagaimanapun, mereka masih boleh menggunakan kemudahan yang disediakan oleh perpustakaan.
  • Peminjam boleh memohon tempoh lanjutan pinjaman selama 1 minggu lagi selepas tamat tempoh pinjaman pertama. Jika peminjam berhasrat untuk menggunakan lagi bahan tersebut, peminjam dikehendaki memulangkan terlebih dahulu bahan tersebut. Pinjaman baru boleh dibuat pada hari yang berikutnya jika bahan tersebut tidak dipinjam oleh peminjam lain

Kategori Peminjam

Jumlah Pinjaman
Maksimum

Jangkamasa Pinjaman
Tempoh Lanjutan Pinjaman
Pelajar
2
2 minggu
1 minggu
Pensyarah/Staf Sokongan
4
3 minggu
1 minggu

Kadar Denda

Kadar denda bagi peminjam yang menghantar bahan yang lewat adalah seperti berikut:

Kategori Peminjam

Denda Lewat (bagi bahan yang lewat dipulangkan)

Denda Hilang (bagi bahan yang dihilangkan)
Pelajar
RM 0.10 sehari bagi sebuah buku
Dua kali ganda harga bahan
Staf Politeknik Merlimau
RM 0.10 sehari bagi sebuah buku
Dua kali ganda harga bahan
  • Peminjam akan diberi surat peringatan lewat sebanyak 3 kali sebelum tindakan senarai hitam akan diambil ke atas peminjam yang didapati lewat memulangkan bahan. Kadar denda akan dikira bermula daripada hari pertama bahan tersebut melampaui tempoh pinjaman yang diberikan.
  • Jika peminjam telah memohon tempoh untuk lanjutan pinjaman, oleh itu denda akan dikira bermula pada hari pertama bahan tersebut melampaui tempoh pinjaman yang telah dilanjutkan.
  • Jika peminjam memohon untuk lanjutan tempoh pinjaman sehari selepas tempoh pinjaman pertama tamat, denda akan dikenakan bagi satu (1) hari yang lewat itu
  • Tindakkan senarai hitam akan diambil ke atas peminjam jika perpustakaan mendapati peminjam tidak memulangkan bahan setelah tempoh yang diberikan didalam surat peringatan ketiga (3) tamat. Peminjam dikehendaki memulangkan bahan dan membayar denda yang dikenakan jika ingin nama mereka dikeluarkan dari senarai hitam.
  • Perpustakaan akan menganggap bahan yang dipinjam telah hilang jika peminjam tidak memulangkan bahan setelah 2 bulan dari tarikh pinjaman berakhir. Peminjam hendaklah menggantikan semula bahan yang telah hilang dengan judul dan pengarang bahan yang sama atau membayar 2 kali ganda harga buku.