Home

Patron Login
PATRON ID
KATALALUAN


 



Sudut Multimedia
Peraturan Penggunaan Sudut Multimedia

  • Pengguna yang ingin memohon penggunaan komputer di sudut ini dikehendaki mengisi Borang Permohonan yang boleh di dapati di kaunter. Pengguna dikehendaki menyerahkan kad pelajar/staf sebelum dibenarkan menggunakan perkhidmatan ini.
  • Setiap pengguna hanya dihadkan penggunaan internet selama 45 minit sahaja. Pengguna dikehendaki mendaftar keluar di kaunter multimedia dan internet sebelum diserahkan semula kad mereka.
  • Pengguna boleh membuat tempahan dengan menulis butir-butir dikehendaki berserta masa penggunaan yang diperlukan.
  • Pengguna adalah DILARANG MENGAKSES LAMAN WEB BERBENTUK LUCAH, HIBURAN, DAN MENGGUNAKAN KEMUDAHAN INI UNTUK MEMBUKA E-MEL ATAU CHATTING. PENASIHAT PEMBACA BERHAK MEMBERHENTIKAN PENGGUNAAN MANA-MANA PENGGUNA DENGAN SERTA-MERTA JIKA MEREKA DIDAPATI MELANGGAR ARAHAN INI.

Peraturan Penggunaan Koleksi Multimedia

  • Pemohon yang ingin menggunakan koleksi multimedia dikehendaki mengisi butir-butir didalam Buku Daftar Penggunaan Koleksi Multimedia yang boleh didapati daripada penasihat pembaca yang bertugas di kaunter multimedia dan internet.
  • Pemohon dikehendaki menyerahkan kad pelajar (bagi pelajar) ATAU kad staf (bagi kakitangan)sebelum dibenarkan menggunakan bahan koleksi multimedia. Kad hanya akan diserahkan semula apabila pemohon menyerahkan semula bahan di kaunter multimedia dan internet.
  • Pengguna adalah dipertanggungjawabkan untuk menjaga keselamatan dan keadaan bahan. DENDA AKAN DIKENAKAN JIKA BAHAN YANG DIPINJAM HILANG ATAU ROSAK SEMASA DALAM PINJAMAN.